Bekas pemain dan jurulatih Pahang, Ramli Mahmud meninggal dunia pada usia 74 tahun, pagi tadi di kediamannya di Taman Cenderawasih, Kuantan.

Berita sedih itu dimaklum oleh rakannya yang juga bekas pemain skuad Tok Gajah, Nisahafuddin Ahmad yang menyatakan Allahyarham mengidap asma dan diabetes meninggal kira-kira 7.30 pagi.

Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Cendewasih sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Setali, di sini selepas waktu Zohor.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan berangkat menziarah dan menunaikan solat jenazah. (Sumber Gambar: Kesultanan Pahang)

Sebelum itu, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menziarah dan menunaikan solat jenazah.

Turut menziarah rakan serta sahabat yang pernah beraksi bersama pasukan Pahang suatu ketika dahulu.

Menurut Nisahafuddin, Allahyarham yang beraksi di bahagian pertahanan mewakili pasukan Pahang di era 70-an bersama beberapa nama besar seperti Datuk Jamal Nasir Ismail, Tajuddin Nor, Hamidon Abdullah, D Devendran, Wan Zulkifli Wan Abdullah, Riduan Shamsuddin, Ahmad Bab, Rashidi Saari dan Abdullah Akil.

Katanya, pembabitan dalam sukan bola sepak di Pahang tidak berakhir sebagai pemain malah pernah diberi tanggungjawab sebagai jurulatih skuad remaja Tok Gajah.