BINTANG Arsenal, Ben White, dan isterinya, Milly, mengumumkan berita gembira bahawa mereka bakal menimang cahaya mata pertama melalui satu hantaran menyentuh hati di media sosial.

Milly memuat naik beberapa foto mesra bersama White di Instagram sambil menunjukkan perutnya yang kini mula kelihatan.

“Separuh daripada kamu, separuh daripada saya,” kata Milly yang dipetik daripada akaun Instagram miliknya itu.

Pengumuman ini telah mencuri perhatian peminat bola sepak dan pengikut Arsenal di seluruh dunia, yang turut mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan buat pasangan ini.

Sebagai tambahan, pasangan ini mula menjalinkan hubungan pada tahun 2022 dan setahun kemudian melangsungkan perkahwinan.

Kini, mereka bersedia memulakan kehidupan sebagai ibu bapa apabila Milly dijangka melahirkan bayi mereka pada penghujung tahun ini.

Selepas melalui musim yang penuh cabaran akibat kecederaan lutut, berita ini tentunya memberi sinar baharu kepada Ben White.

Selain menantikan kelahiran anak pertama, White juga berharap dapat kembali ke skuad utama Arsenal bulan ini selepas tempoh pemulihan yang panjang.