KECOH baru-baru ini, mengenai peminat bola sepak yang mendakwa kononnya adik lelaki atau ayah kepada Leandro Trossard telah mengambil alih pertembungan Liga Juara-Juara Eropah antara Arsenal dengan Porto pada 12 Mac lalu.

Menarik lagi, bintang Arsenal itu berjaya mencipta satu gol pada perlawanan tersebut selepas mendapat bantuan cemerlang dari Martin Odegaard.

Namun, jaringan tersebut telah mengaburi mata penonton kerana mereka berasa lebih terganggu dengan persamaan luar biasa Trossard, dengan pengadil dari Perancis, Clement Turpin.

Trossard dan Turpin yang saling berbual ketika mereka meninggalkan padang semasa hari perlawanan, telah membuatkan para peminat bergurau sesama sendiri dan menularkan perkara berkenaan di media sosial.

Turpin mempunyai wajah mirip seperti Trossard namun mereka bukan adik beradik.

Satu akaun peminat Manchester City telah mengeluarkan paparan wajah Trossard dan pengadil tersebut sejurus menyatakan, “UEFA memanggil adik kembar Trossard sebagai pengadil bagi Arsenal vs Porto. Ini patut disiasat oleh Mahkamah Eropah!”.

Beberapa komen lucu juga hadir dan menganggap bahawa Turpin kelihatan lebih seperti seorang bapa

“Trossard dan bapanya berbual semasa mereka berjalan ke arah terowong.

“Arsenal membawa bapa Trossard untuk menjadi pengadil perlawanan.

Trossard berjaya menjaringkan satu gol dalam perlawanan yang diadili oleh Turpin.

“Trossard memberi nasihat kepada bapanya semasa turun ke terowong. Dia sudah menjadi anak yang nakal,” berdasarkan beberapa komen yang ditinggalkan di halaman TikTok yang kian tular.

Walau bagaimanapun, hal ini hanya sekadar gurauan dan khabar angin palsu. Pengadil bernama Turpin itu tidak mempunyai sebarang pertalian dengan Trossard.

@viral_city99

Is this not against the rules #fyp #viral #arsenal #trossard #ref

♬ original sound - VIRAL_CITY

Turpin merupakan salah seorang pengadil yang paling dihormati dan berpengalaman dalam bola sepak dunia, apabila beliau telah mengendalikan dua perlawanan Piala Dunia dan dua Kejohanan Eropah.

Beliau juga mengadili final Liga Juara-Juara 2022 antara Real Madrid dan Liverpool, menyaksikan Real Madrid memenangi perlawanan dengan keputusan 1-0.