Los Angeles 2028 bakal mencatat sejarah apabila acara berpasukan campuran memanah compound secara rasmi diumumkan akan dipertandingkan di temasya Olimpik buat julung kalinya.

Pengumuman oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) hari ini, menjadi detik bersejarah buat dunia memanah.

Buat pertama kali sejak 1972, disiplin baharu akhirnya dimasukkan ke dalam program Olimpik.

Petikan berita daripada World Archery mengenai memanah compound akan dipertandingkan di Los Angelas 2028

 

Dengan penambahan ini, jumlah keseluruhan pingat memanah di Olimpik meningkat kepada enam, menyertai lima acara recurve sedia ada.

Presiden World Archery, Prof Dr Ugur Erdener, menyifatkannya sebagai “langkah monumental” dan kemenangan besar buat jutaan pemanah kompaun seluruh dunia yang sekian lama mengimpikan pengiktirafan Olimpik.

Ini adalah peluang bagi skuad memanah negara bagi merebut pingat emas Olimpik bagi acara sukan memanah.

 

“Terima kasih tidak terhingga kepada IOC, Presiden Thomas Bach, dan Jawatankuasa Penganjur LA28 atas sokongan luar biasa menjayakan misi bersejarah ini,” katanya penuh emosi, dipetik dari laman rasmi World Archery.

Busur compound yang menggunakan teknologi dari Amerika Syarikat (AS) dengan sistem “cam dan pulley”, kini berdiri sebaris dengan recurve, selepas membuktikan dominasi di kejohanan dunia dan acara pelbagai benua sejak 1995.

LA28 bakal menjadi pentas emas pertama buat pemanah kompaun dunia. Inilah saatnya.