TRENDING:

Flash Sukan menemui anda!
Terengganu FC ‘guris’ rekod Sri Pahang di K...
Disebalik kempunan piala di Chiang Mai, ada petanda pos...
Flashsukan.com.my
  • Harimau Malaya
    • Featured

      Ubaidullah Yakin Harimau Malaya Mampu Raih Keputusan Positif Di China

      Ubaidullah Yakin Harimau Malaya Mampu Raih Keputusan Positif Di China

      Nov 10, 2026 | Harimau Malaya
    • Featured

      Safawi Rasid Yakin Wajah Baharu Mampu Beri Saingan Dalam Harimau Malaya

      Safawi Rasid Yakin Wajah Baharu Mampu Beri Saingan Dalam Harimau Malaya

      Nov 10, 2026 | Harimau Malaya
    • Featured

      Tan Cheng Hoe Mahu Harimau Malaya Hormati Kekuatan China dan Yemen

      Tan Cheng Hoe Mahu Harimau Malaya Hormati Kekuatan China dan Yemen

      Nov 10, 2026 | Harimau Malaya
  • Hoki
  • Badminton
    • Featured

      Aaron Chia-Wooi Yik Pertaruh Tiga Kejohanan Buru Tiket Akhir

      Aaron Chia-Wooi Yik Pertaruh Tiga Kejohanan Buru Tiket Akhir

      Oct 29, 2026 | Badminton
    • Featured

      Aaron Chia-Wooi Yik Terpaksa Berpuas Hati Sebagai Naib Juara Terbuka Denmark 2026

      Aaron Chia-Wooi Yik Terpaksa Berpuas Hati Sebagai Naib Juara Terbuka Denmark 2026

      Oct 18, 2026 | Badminton
    • Featured

      Pearly Tan-M. Thinaah Tamat Kemarau 18 Tahun, Julang Gelaran Terbuka Denmark

      Pearly Tan-M. Thinaah Tamat Kemarau 18 Tahun, Julang Gelaran Terbuka Denmark

      Oct 18, 2026 | Badminton
  • Liga Malaysia
    • Featured

      MFL Serah Laporan Insiden Kekecohan Kuching City-Selangor Kepada FAM

      MFL Serah Laporan Insiden Kekecohan Kuching City-Selangor Kepada FAM

      Nov 10, 2026 | Liga Malaysia
    • Featured

      Aidil Sharin Tegaskan Kejayaan Kuching City Hasil Usaha Berpasukan

      Aidil Sharin Tegaskan Kejayaan Kuching City Hasil Usaha Berpasukan

      Nov 9, 2026 | Liga Malaysia
    • Featured

      Kim Pan-gon Desak MFL Siasat Insiden Kekecohan Selepas Selangor Tersingkir Daripada Piala FA

      Kim Pan-gon Desak MFL Siasat Insiden Kekecohan Selepas Selangor Tersingkir Daripada Piala FA

      Nov 9, 2026 | Liga Malaysia
  • Global
    • Featured

      Mauricio Pochettino Jadi Pilihan Utama Manchester United Jika Carrick Dipecat

      Mauricio Pochettino Jadi Pilihan Utama Manchester United Jika Carrick Dipecat

      Nov 10, 2026 | Bola Sepak, Global
    • Featured

      Cristiano Ronaldo Umum Persaraan Antarabangsa, Tinggalkan Portugal Selepas 23 Tahun

      Cristiano Ronaldo Umum Persaraan Antarabangsa, Tinggalkan Portugal Selepas 23 Tahun

      Nov 5, 2026 | Bola Sepak, Global
    • Featured

      Liverpool Masih Terkalah Di November

      Liverpool Masih Terkalah Di November

      Nov 5, 2026 | Bola Sepak, Global
  • EPL
  • E-Sukan
  • Ekstra Flash
    • Featured

      Ahmad Harun Cipta Kejutan, Raih Emas Kejohanan Memanah Tradisional Dunia Pada Usia 56 Tahun

      Ahmad Harun Cipta Kejutan, Raih Emas Kejohanan Memanah Tradisional Dunia Pada Usia 56 Tahun

      Nov 10, 2026 | Ekstra Flash
    • Featured

      Sumali Reduan Dilantik Timbalan Presiden ASTAF, Menang Tanpa Bertanding

      Sumali Reduan Dilantik Timbalan Presiden ASTAF, Menang Tanpa Bertanding

      Nov 10, 2026 | Ekstra Flash
    • Featured

      Kerajaan Setuju Cadangan Anjur Satu Lagi Temasya Sukan Kebangsaan

      Kerajaan Setuju Cadangan Anjur Satu Lagi Temasya Sukan Kebangsaan

      Nov 5, 2026 | Ekstra Flash
  • KENALI FLASH SUKAN

Select Page

“Bersiaplah untuk bekerja keras, kami akan agresif” – Peter Cklamovski

Posted by FAHMI ISMAEL | Jan 25, 2025 | Harimau Malaya

“Bersiaplah untuk bekerja keras, kami akan agresif” – Peter Cklamovski

PENGENDALI baharu Harimau Malaya Peter Cklamovski melahirkan rasa teruja dan terhormat untuk memikul tanggungjawab besar sejak dilantik pada 16 Disember lepas.

Beliau menyedari cabaran besar yang menanti, tetapi dengan kerja keras, tenaga, dan kepercayaan semua pihak, serta yakin dapat membuat kemajuan yang bermakna untuk skuad kebangsaan.

“Saya rasa sangat teruja. Ia adalah satu penghormatan dan keistimewaan untuk menjadi ketua jurulatih Harimau Malaya. Saya mengambil tanggungjawab ini dengan penuh bangga untuk membawa negara ini ke arah yang betul,” katanya dalam satu temubual eksklusif dalam YouTube Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Sabtu.

Cklamovski membawa pengalaman luas dalam kariernya, termasuk tujuh tahun di Jepun, di mana beliau berjaya membina budaya bola sepak yang kukuh dan meninggalkan kesan positif di setiap kelab yang disertainya.

Sebelum itu, beliau berkhidmat selama empat tahun bersama pasukan kebangsaan Australia, Socceroos, dan membantu pasukan itu meraih kejayaan besar seperti menjuarai Piala Asia dan layak ke Piala Dunia.

“Pengalaman ini membolehkan saya datang ke projek ini yang dipimpin oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail. Dengan semangat dan komitmen baginda, saya yakin kita boleh menyatukan semua pihak – persatuan, pemain, dan penyokong  untuk membawa kemajuan,” katanya.

Beliau juga menekankan kepentingan kerja keras dan kerendahan hati dalam setiap langkah yang diambil. Fokus utamanya sekarang adalah menyediakan pasukan untuk kem latihan pada bulan Mac dan perlawanan persahabatan menentang Nepal.

“Kami menghormati Nepal sebagai lawan. Matlamat kami adalah memastikan persiapan yang betul supaya pasukan dapat mencapai prestasi terbaik dan memperoleh keputusan yang positif,” katanya.

Jelas Cklamovski, beliau mahu membina pasukan yang kuat dan bersatu, di mana semua 11 pemain di atas padang memainkan peranan penting.

“Kami tidak akan bergantung kepada seorang pemain sahaja. Siapa sahaja yang memakai jersi Harimau Malaya perlu mewakilinya dengan penuh penghormatan, komitmen, kebanggaan, dan semangat,” katanya.

Beliau juga menggariskan aspirasi untuk bermain bola sepak menyerang dan agresif, sambil memastikan pertahanan yang kukuh dan komited.

“Kami akan bekerja keras setiap hari untuk memperbaiki pasukan dan setiap pemain secara individu. Dengan peningkatan ini, pasukan akan menjadi lebih kuat,” tambahnya lagi.

Cklamovski turut memberikan pesanan tegas kepada semua yang terlibat.

“Kami akan memperbaiki semua aspek, sama ada sebagai pasukan, pemain, atau staf. Dengan kerja keras dan komitmen, kita akan mencapai kemajuan yang kita perlukan untuk mendapatkan keputusan yang diimpikan,” ujarnya.

Untuk rekod, tugasan pertama Cklamovski adalah mengharungi Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 yang dijadual berlangsung pada Mac depan di mana Malaysia diletakkan dalam Kumpulan F bersama juara Asean iaitu Vietnam, Laos dan Nepal.

Share:

PreviousPearly-Thinaah ke final Masters Indonesia
NextTibai Angin, Keloi ungguli Piala Ketua Jabatan JBPU UniMAP

Related Posts

Kelayakan Piala Dunia 2026 : Harimau Malaya kena cari lawan ideal

Kelayakan Piala Dunia 2026 : Harimau Malaya kena cari lawan ideal

June 24, 2023

“Impian saya kini jadi kenyataan dan gembira dengan keakraban pasukan ini” – Lee Tuck

“Impian saya kini jadi kenyataan dan gembira dengan keakraban pasukan ini” – Lee Tuck

December 15, 2022

Warna merah, bunyi hon menjelang aksi Vietnam-Malaysia

Warna merah, bunyi hon menjelang aksi Vietnam-Malaysia

December 27, 2022

Tak mungkin Korea Selatan tagih khidmat Pan-gon

Tak mungkin Korea Selatan tagih khidmat Pan-gon

February 13, 2024

TERKINI

  • MFL Serah Laporan Insiden Kekecohan Kuching City-Selangor Kepada FAM
    MFL Serah Laporan Insiden Kekecohan Kuching City-Selangor Kepada FAM
    Nov 10, 2026 | Liga Malaysia
  • Mauricio Pochettino Jadi Pilihan Utama Manchester United Jika Carrick Dipecat
    Mauricio Pochettino Jadi Pilihan Utama Manchester United Jika Carrick Dipecat
    Nov 10, 2026 | Bola Sepak, Global
  • Ahmad Harun Cipta Kejutan, Raih Emas Kejohanan Memanah Tradisional Dunia Pada Usia 56 Tahun
    Ahmad Harun Cipta Kejutan, Raih Emas Kejohanan Memanah Tradisional Dunia Pada Usia 56 Tahun
    Nov 10, 2026 | Ekstra Flash
  • Sumali Reduan Dilantik Timbalan Presiden ASTAF, Menang Tanpa Bertanding
    Sumali Reduan Dilantik Timbalan Presiden ASTAF, Menang Tanpa Bertanding
    Nov 10, 2026 | Ekstra Flash
  • Ubaidullah Yakin Harimau Malaya Mampu Raih Keputusan Positif Di China
    Ubaidullah Yakin Harimau Malaya Mampu Raih Keputusan Positif Di China
    Nov 10, 2026 | Harimau Malaya

Video Terkini

Loading...
  • “KPG tak kenang budi FAM”
  • Faktor Megat D.Shahriman minat beli KL City FC
  • Selamat Tinggal 2023! Ini antara kisah-kisah yang menjadi tumpuan pembaca Flash Sukan
  • “Kalau bukan kerana beliau kita tidak berada di tempat sekarang”
  • “Sedih tengok coach kecewa” – Matt Davies