KEMERIAHAN aksi Piala Mitsubishi Electric 2022 diteruskan di bumi Hanoi menjelang  aksi peringkat kumpulan antara Vietnam menentang pasukan Malaysia pada Selasa di Stadium My Dinh.

Gelagat para penyokong di luar stadium, tidak kurang hebatnya dengan penjaja yang setia mengibarkan bendera The Golden Warriors yang dibuka untuk jualan kepada penyokong yang hadir.

Vietnam sinonim dengan kenderaannya yang sentiasa membunyikan hon tanpa mengira masa jelas mengajar kita tentang erti kesabaran.

Selain itu, bendera kebangsaan Vietnam dan Korea Selatan turut dikibarkan megah bagi menyuntik sokongan kepada jurulatih berasal dari Korea Selatan, Park Hang-seo yang membimbing skudengan cemerlang.

Menjengah makanan tradisional yang dijual penjaja di sana, terdapat kuih bersalut gula dengan inti bijan berbentuk bulat yang menjadi kegemaran warga Vietnam.

Air ,buah mangga dan keropok tradisional juga menghiasi suasana menjelang sepak mula perlawanan mendebarkan malam ini.

Dalam keindahan suasana tersebut, ulat tiket juga kelihatan berlegar-legar dengan mendekati penyokong bagi membeli tiket menyaksikan perlawanan malam ini.

Dari segi aspek keselamatan, sistem yang digunapakai dengan membuat pemeriksaan secara menyeluruh.

Begitulah rona-rona warna keindahan menjelang sepak mula antara pasukan kebangsaan Vietnam menanti aksi sepak mula tepat 7.30 malam waktu tempatan (8.30 waktu Malaysia).