Select Page

Jelang aksi Piala Carabao, Blackburn Rovers sediakan kemudahan solat bagi penyokong Islam

Jelang aksi Piala Carabao, Blackburn Rovers sediakan kemudahan solat bagi penyokong Islam

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi akaun Twitter Kelab Blackburn Rovers menjelang aksi pusingan pertama Piala Carabao menentang Hartlepool pada awal pagi Khamis nanti.

“Penyokong beragama Islam yang akan menyaksikan  perlawanan @Official_HUFC, kami memahami bahawa anda perlu menunaikan solat Maghrib.

“Silakan tanyakan kepada petugas di stadium untuk petunjuk arah kiblat karena kami telah menyediakan tempat untuk solat.

“Hafiz Zayd, akan memimpin solat pada pukul 20:55 (waktu tempatan). Ruang multi-agama kami di Blackburn End tidak hanya tersedia untuk pertandingan ini saja. Anda akan diarahkan ke ruang menunggu di Jack Walker Stand jika ingin melaksanakan solat pada giliran kedua.

“Semua Muslim dewasa diwajibkan menjalankan ibadah solat lima waktu setiap hari. Bagi para penyokong kami yang Muslim, kami memahami bahawa menjalankan solat adalah suatu kewajipan dan kami bangga dapat menyediakan fasilitinya di Ewood Park,” menerusi ciapan di laman Twitter Blackburn Rovers FC.

Malah, kelab tersebut juga mempunyai agenda tahunan dengan melaksanakan acara berbuka puasa bersama staf, pemain, penyokong pada bulan Ramadan.

Meskipun Blackburn masih belum kembali ke saingan utama Liga Perdana Inggeris setelah tersingkir dari liga pada musim 2011/2012 namun kini memberikan tumpuan kepada saingan Piala Carabao menentang Hartlepool, Khamis pagi.

Video Terkini

Loading...