NG Tze Yong terus mengibar cabaran negara di Cabaran Antarabangsa Bahrain, apabila mara ke final hari ini.

Pada aksi separuh akhir, pemain yang berada di ranking ke-27 dunia itu mengatasi pemain Finland, Kalle Koljonen 22-20, 21-15.

Kemaraannya ke final hari ini adalah yang terbaik dicapai tahun ini, biarpun status kejohanan ini lebih rendah.

Di final nanti, Tze Yong akan berdepan pemain Taiwan Kuo Kuan Lin yang mengatasi pemain India Kartikey Gulshan Kumar, 23-21, 21-19.

Indonesia dan Thailand masing-masing mempunyai tiga wakil di final hari ini, dan India dua wakil.