PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pemain beregu wanita negara, Chong Jie Yu dipanggil bagi menggantikan Pearly Tan dalam skuad kebangsaan bagi menghadapi saingan Piala Uber 2026.
Pemain berusia 21 tahun itu dicalonkan sebagai pengganti susulan kecederaan yang dialami oleh Pearly Tan sehingga memaksa beliau untuk menarik diri.
Ia sekali gus membuka peluang Jie Yu untuk menggalas cabaran negara di pentas berpasukan dunia.
Jie Yu dijangka menyertai kem latihan pasukan di Herning, Denmark dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada persiapan akhir menjelang kejohanan berprestij tersebut.
Penyertaan pemain muda itu turut dilihat sebagai langkah memperkukuh barisan beregu wanita negara selain memberi pendedahan berharga di peringkat tertinggi.
Skuad badminton wanita negara kini giat menjalani persiapan rapi di Denmark bagi memastikan prestasi terbaik dapat ditampilkan sepanjang kempen Piala Uber 2026.
Sumber Gambar: BAM