PELARI negara, Muhammad Umar Osman mempamerkan aksi cemerlang apabila meraih pingat emas acara 400 meter lelaki pada Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura 2026 dengan catatan masa 47.14 saat.
Kejayaan itu menjadi permulaan positif buat Umar bagi musim 2026, malah beliau mengakui masih mempunyai ruang untuk memperbaiki prestasi terutama dari segi catatan masa.
“Saya bersyukur dengan kemenangan hari ini, tetapi dari segi masa saya perlu perbaiki lagi. Ini pembukaan musim untuk saya dan saya tidak letakkan jangkaan tinggi, namun gembira dengan keputusan ini,” katanya.

Shereen Samson Vallabouy turut memenangi acara 400 meter (m) wanita di Terbuka Singapura. (Sumber Gambar: Olahraga Malaysia)
Sementara itu, pelari wanita negara merangkap pemegang rekod kebangsaan, Shereen Samson Vallabouy turut menepati ramalan apabila muncul juara acara 400 meter wanita dengan catatan masa 54.24 saat.
Kemenangan kedua-dua atlet tersebut sekali gus menyaksikan Malaysia menguasai acara 400 meter lelaki dan wanita dalam kejohanan berkenaan.
Sumber Gambar: FB Olahraga Malaysia