KETIADAAN Dania Sofea Zaidi di Kejohanan Remaja Dunia sememangnya memberi tekanan kepada skuad remaja untuk mencipta keputusan memberangsangkan di Guwahati, India (6-11 Oktober) kerana pemain wanita terbabit menjadi tonggak dalam dua acara iaitu beregu wanira dan campuran.

Pemain kepahiran Melaka itu, terpaksa berehat panjang akibat kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) selepas baru menjalani pembedahan beberapa hari lalu.

Ketua jurulatih beregu wanita kebangsaan, Rosman Razak mengakui kehilangan Dania bukan untuk tutup dengan pengganti baharu.

“Dalam konteks Kejohanan Remaja Dunia, memang dia diperlukan untuk kedua-dua acara dan bila tiada, kita terpaksa cari pengganti sesuai,” kata Rosman ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Datu-Dania adalah pasangan be4egu vampuran remaja utama negara.

Menurut beliau, situasi ini memaksa skuad remaja melakukan rombakan segera sekali gus membina semula kombinasi terbaik. Pada masa sama, beliau berharap proses pemulihan pemain berusia 18 tahun itu berjalan lancar dengan sokongan penuh BAM dan ISN.

“Pembedahannya pun baik dan semua pihak sedang pantau secara teratur, jadi kalau ikut jadual pemulihan, kita harap dia dapat kembali secepat mungkin,” katanya mengenai perkembangan terkini Dania yang mengalami kecederaan ACL di lutut kiri ketika aksi final Kejohanan Berpasukan Campuran Bawah 18 Tahun di Pulau Pinang pada 24 Ogos lalu.

Ketiadaannya menyebabkan, gandingan asal bersama Datu Anif Isaac Datu Asrah dalam beregu campuran terpaksa diisi Low Zi Yu, iaitu pemain yang juga bergandingan dengan Dania dalam bere wanita.

“Selepas Dania alami kecederaan, kita segera satukan Datu dengan Zi Yu dan mereka telah jalani latihan bersama kira-kira sebulan.”