Selepas gagal membantu skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan mara ke pusingan akhirPiala Asia B-23, pemain sayap Kuala Lumpur (KL) City, Haqimi Azim Rosli kini kembalimemberi tumpuan penuh kepada cabaran bersama Warga Kota.

Menariknya, sehingga kini Haqimi masih belum diturunkan dalam mana-mana aksi Liga Super mahupun Piala FA oleh pengendali Risto Vidakovic kerana lebih kerap bersama skuad B23 kebangsaan kendalian Nafuzi Zain sebelum ini.

Bagi Haqimi, misi utamanya kini adalah untuk merampas kembali posisi sayap kanan KL City, tambahan pula ketiadaan Manuel Higaldo yang sudah kembali menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) mem beri ruang buatnya menambat hati jurulatih.

“Kita tahu Manuel dah balik JDT dan kini saya perlu kerja keras untuk mendapatkan kembalitempat saya. Tugasan bersama skuad B-23 sudah berakhir, jadi kini saya kembali fokus buat KL City,” jelas Haqimi ketika ditemui Flash Sukan selepas sesi latihan semalam.

Musim lalu, Haqimi berjaya meledak 10 gol keseluruhan dan pencapaian itu menjadipembakar semangat buat dirinya untuk memperbaiki rekod peribadi musim ini, sekali gusmahu membuktikan kemampuan sebenar.

Walaupun perlu menyesuaikan diri dengan corak taktikal berbeza di bawah bimbinganVidakovic berbanding bekas jurulatih, Miroslav Kuljanac, Haqimi menegaskan ia bukanmasalah besar buat dirinya.

Sementara itu, Vidakovic mengakui pintu kesebelasan utama sentiasa terbuka buat Haqimi, terutama apabila beberapa pemain kini berdepan masalah kecederaan. “Saya gembira dengankomitmen Haqimi, dia seorang pemain yang baik namun sebelum ini banyak terlepas latihankerana tugasan negara,” kata pengendali kelahiran Serbia itu.

Malah, Vidakovic tidak menolak kemungkinan Haqimi akan mendapat peluang diturunkandalam aksi penting perlawanan kedua pusingan 16 akhir Piala FA menentang Kelantan Darul Naim di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, esok.