DELEGASI Kelantan United FC (KUFC) hadir menemui pengurusan pasukan J2 League, Fagiano Okayama di pejabat kelab mereka pada Jumaat.
Banyak perkara telah dibincangkan bersama dan kedua-dua pihak turut bertukar cadangan demi memajukan sukan bola sepak diantara kedua-dua kelab.
Turut hadir, Pengerusi Kehormat, Hideki Hashimoto.
Selepas itu, para pemain Akademi B-16 Kelantan United menyertai klinik bola sepak bersama pihak kejurulatihan Fagiano Okayama.
Pendedahan dalam kejohanan seumpama itu adalah satu daripada langkah KUFC membangunkan sukan bola sepak Kelantan dan Malaysia, khususnya dari akar umbi, agar bakat muda bersedia untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
Kejohanan disertai skuad B-16 Kelantan United FC di bawah bimbingan Pengarah Pembangunan Akar Umbi Kelantan United FC, Rezal Zambery Yahya bakal beraksi dengan beberapa pasukan termasuk akademi kelab yang beraksi dalam saingan J2 League, Fagiano Okayama.
Kunjungan KUFC ke Jepun juga merupakan hasil kerjasama ROHM-Wako Electronics (Malaysia) Sdn Bhd serta Hassan Hardware Ketereh.
Skuad muda itu akan terlibat saingan International B-16 Friendly Tournament di Kasaoka, Jepun pada 4 November ini.