DANA bantuan bagi menyokong ekosistem bola sepak negara khususnya dalam memastikan skuad kebangsaan kekal konsisten bersaing di tahap tertinggi Asia sememangnya memerlukan sokongan itu terutama daripada kerajaan.

Sokongan daripada kerajaan adalah penting untuk memastikan kemajuan dan kestabilan skuad bola sepak negara di peringkat Asia. Dana bantuan dapat digunakan untuk pembangunan infrastruktur, latihan pemain, dan program pembangunan bakat, meningkatkan daya saing pasukan kebangsaan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui skuad Harimau Malaya yang bertanding di Piala Asia 2023 di Qatar adalah antara pasukan terendah dalam penyediaan bajet pasukan untuk ke pertandingan tersebut.

Oleh itu, tidaklah memeranjatkan apabila melihat perjalanan skuad negara terkandas seawal peringkat Kumpulan E, tatkala lawan lain seperti Bahrain, Korea Selatan dan Jordan melangkah gagah ke Pusingan 16.

May be an image of 14 people and text

Kata Hamidin, penambahan dana amat diperlukan bagi memastikan skuad kebangsaan dari semua peringkat termasuk skuad senior, pasukan bawah 23 (B-23), B-19 dan B-16 terus berada pada tahap kompetitif dengan konsisten layak ke Piala Asia setiap edisi.

“Kalau buat perbandingan empat pasukan (dalam Kumpulan E di Piala Asia Qatar) memang Malaysia paling bawah sekali bajet. Selepas dua tahun bawa setakat ini, dah tentu bila nak pergi jauh lagi, perkara kewangan paling mustahak.

“Saya ada beberapa kali bermesyuarat dan berbincang dengan YB (Yang Berhormat) Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan) sangat positif

ARTIKEL BERKAITAN : FAM perlu dana tambahan maju Harimau Malaya

“Insya Allah ada beberapa perkara ke depan untuk pasukan kebangsaan dan juga pelapis pasukan B-23, B-19 dan lain, nanti kita akan maklumkan.

“Memang memerlukan kewangan yang tinggi untuk menyokong pasukan kebangsaan kerana kalau kita nak pergi lebih jauh, kita kena banyak ke luar negara (pendedahan) untuk pastikan pasukan ini kekal konsisten,” katanya.

Difahamkan, Korea Selatan membelanjakan sebanyak RM94 juta, Jordan (RM23.5 juta) dan Bahrain (RM28.2 juta) bagi menghadapi Piala Asia, manakala Malaysia kurang daripada itu.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan khas sebanyak RM5 juta kepada FAM.

ARTIKEL BERKAITAN : “Mengapa bola sepak perlu dana tambahan?… Kini saya sudah faham” – Hannah

Dana berkenaan akan disalurkan dengan kadar segera bagi mengurus pasukan bola sepak negara sekali gus meningkatkan keupayaan mereka. Khabar gembira itu hadir selepas anak buah Kim Pan-gon pulang daripada Piala Asia di Qatar, Jumaat lalu.

Di saingan itu, Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan namun melakat kejutan terbesar apabila mengikat Korea Selatan 3-3 pada aksi terakhir biarpun sebelum itu tumbang 0-4 dan 0-1 kepada Jordan dan Bahrain.