MALAYSIA perlu berjuang lebih keras dan gigih pada dua perlawanan seterusnya jika ingin menghidup kembali harapan dan mara ke pusingan suku akhir dari peringkat Kumpulan C Piala Asia B-23 2022 di Tashkent, Uzbekistan.
Selepas dibelasah 4-1 oleh Korea Selatan, skuad pimpinan Brad Maloney miliki misi hidup atau mati bertemu negara serantau Thailand saingan kedua kumpulan bermula jam 11 malam esok.
Mengikut kedudukan semasa, Malaysia berada pada tangga tercorot dan muncul pasukan paling banyak bolos kempen kumpulan dengan empat gol.
Manakala, Vietnam dan Thailand berkongsi satu mata apabila terikat 2-2 pertembungan pertama.
“Satu lagi perlawanan yang ketat selepas bertemu Korea. Jadi kami sedang buat sesi recovery dan sedia bagi cabaran serta fizikal.
“Kami kini buat persiapan secukupnya untuk melawan perlawanan seterusnya.
“Berdepan Thailand, perlawanan ini tidak mudah yang dijangka dan lawan adalah pasukan baik dengan beberapa pemain yang ada dalam skuad,” katanya pernah berhadapan pasukan lawan yang muncul juara saingan kumpulan di kejohanan Sukan SEA Vietnam lalu.
Terdahulu skuad Harimau Muda B-23, menjalani sesi latihan di Padang Latihan 2 Bunyodkor di Tashkent.
Sementara itu, pemain tengah Selangor FC dan juga ketua pasukan, Mukhairi Ajmal yang menjaringkan gol tunggal buat Malaysia berharap rakan sepasukan segera melupakan kekalahan perlawanan tempoh hari.
“Saya menggesa pemain dapat kembali fokus lawan Thailand.
“Tak boleh ambil mudah untuk perlawanan kedua dan saya harap kita dapat bangkit dari kekalahan semalam (Khamis). Dan ini peluang yang terbaik dan kita dapat capai kemenangan bagi tingkatkan moral lebih tinggi” ujarnya.
Pemain Selangor FC lain yang turut berada dalam kesebelasan utama adalah Quentin Cheng, Azrin Afiq, Harith Haiqal dan juga Zikri Khalili.
Ayuh pasukan bola sepak Malaysia perjalanan anda baru bermula, teruskan perjuangan dan lakukan yang terbaik !