YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Ketua Umum Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir di Istana Negara, pada Sabtu.

Perkara itu dikongsikan di laman Istagram Erick Thohir yang turut menyatakan pertemuan itu bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan bola sepak kawasan Asia Tenggara.

“Hari ini saya diterima (menghadap) Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara Malaysia.

“Dalam kesempatan ini, sahabat baik saya Menteri Perdagangan Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Aziz juga turut hadir.

“Kami banyak berdiskusi tentang potensi kolaborasi sepak bola di kawasan Asia Tenggara untuk meningkatkan industri sepak bola dan pasukan kebangsaan,” katanya.

 

Pertemuan itu turut dihadiri Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri , Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sementara itu, netizen di Indonesia menyambut baik kunjungan Erick ke Malaysia memetik beberapa hantaran di ruangan komen.

“Semoga berjaya selalu dan selamanya dalam memajukan industri dan bola sepak, bravo cool Menteri BUMN,” kata Apriliani6905.

Manakala, susianiester’s menulis : “Encik Erick Thohir telah datang ke Malaysia…selamat datang, tuan menteri.”