Select Page

Exco PSSI mahu Indonesia jadi tuan rumah Piala Asia 2023

Exco PSSI mahu Indonesia jadi tuan rumah Piala Asia 2023

JAWATANKUASA eksekutif (Exco) Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dikatakan sepakat mahu Indonesia mengambil kesempatan menjadi tuan rumah Piala Asia 2023.

Anggota Exco PSSI, Haruna Soemitro, mengatakan rakan sejawatannya dalam persekutuan ingin PSSI mengambil peluang berkenaan.

Bagaimanapun, belum ada perbincangan rasmi dalam organisasi mengenai hal tersebut.

“Tapi secara tidak formal, rakan-rakan (Exco) mendorong supaya PSSI menggunakan kesempatan ini (menjadi tuan rumah Piala Asia 2023),” kata Haruna kepada CNNIndonesia.com pada Khamis.

Kemaraan skuad Garuda ke Piala Asia 2023 membuka peluang Indonesia menjadi tuan rumah.

Haruna memberitahu, menjadi tuan rumah Piala Asia 2023 tidak akan mengganggu perjalanan Piala Dunia B-20 2023. Ini kerana, waktu penganjuran Piala Dunia B-20 berlangsung dua bulan selepas Piala Asia 2023.

“Kejohanan Piala Asia 2023 pada Jun-Julai, sedangkan Piala Dunia B-20 2023 pada September-Oktober. Jadi bagus acara berterusan,” ujar bekas pengurus Madura United tersebut sambil tertawa.

Sepatutnya, Piala Asia 2023 akan berlangsung di China pada Jun 2023. Namun negara Tembok Besar China itu menarik diri susulan peningkatan kes mendadak pandemik Covid-19.

Setakat ini, Jepun, Korea Selatan, Australia, dan Qatar menawarkan diri menjadi tuan rumah. Hanya belum ada kenyataan rasmi daripada keempat-empat persekutuan tersebut dan juga pengesahan dari AFC.

Video Terkini

Loading...