Select Page

FAM bakal perketat SOP masuk ke stadium

FAM bakal perketat SOP masuk ke stadium

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) akan memperketatkan kawalan masuk ke stadium sebagai mengambil iktibar daripada insiden rusuhan di Indonesia pada Sabtu malam.

Setiausaha Agung FAM Noor Azman Rahman berkata walaupun Malaysia mempunyai kawalan keselamatan yang baik di stadium, langkah berjaga-jaga perlu bagi mengelakkan insiden di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur yang meragut ratusan nyawa itu, daripada berlaku di negara ini.

Selain itu, Noor Azman berkata FAM turut akan meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) kemasukan penyokong ke dalam stadium.

“Memang kami di pihak persatuan (FAM) dan jawatankuasa keselamatan sentiasa berhati-hati. Saya sendiri yakin dengan jawatankuasa keselamatan FAM di bawah Datuk Seri Hazani Ghazali melaksanakan tugas mereka selama ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurut laporan media, insiden di Stadium Kanjuruhan itu tercetus apabila penyokong Arema FC merusuh selepas pasukan mereka tewas 3-2 ke atas Persebaya Surabaya dan setakat ini dilaporkan 129 maut manakala 180 lagi cedera.

Video Terkini

Loading...