KUMPULAN penyokong Brigate Gialloblu Perlis mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini untuk menyampaikan penghargaan kepada Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) atas bantuan dan tindakan berperikemanusiaan yang diberikan semasa insiden selepas perlawanan Thailand menentang Malaysia di Stadium Rajamangala malam tadi.