FIFA mengumumkan perubahan besar dalam kalendar perlawanan antarabangsa apabila dua jendela perlawanan pada bulan September dan Oktober akan digabungkan menjadi satu tempoh rehat yang lebih panjang bermula tahun 2026, keputusan ini bermakna jendela dua minggu pada bulan Oktober tahun ini akan menjadi yang terakhir dalam bentuk asalnya.
Mulai musim 26/27, rehat antarabangsa bola sepak akan dibuat sekali sahaja antara 21 September hingga awal Oktober selama 16 hari di mana pasukan kebangsaan boleh bermain hingga empat perlawanan manakala sebelum ini rehat antarabangsa diadakan dua kali iaitu pada bulan September dan Oktober dengan setiap satu hanya sembilan hari dan dua perlawanan sahaja
FIFA menjelaskan langkah ini diambil bagi mengurangkan gangguan terhadap jadual liga domestik, terutamanya dalam saingan utama seperti Liga Perdana Inggeris, La Liga, dan Serie A dengan hanya satu rehat panjang berbanding dua yang terpisah dan kelab-kelab tidak perlu berhenti bermain terlalu kerap dalam tempoh awal musim.
Perubahan ini memberi manfaat kepada pasukan kebangsaan yang kini mempunyai lebih banyak masa dan ruang untuk mengatur perlawanan kelayakan atau persahabatan dalam satu tempoh yang lebih tersusun dan juga membantu mengurangkan keletihan pemain yang sebelum ini terpaksa melakukan perjalanan antarabangsa berulang kali dalam tempoh singkat.
Kesan besar kepada kelab dan liga seperti liga perdana inggeris dijangka akan berdepan tempoh hampir tiga minggu tanpa perlawanan domestik pada penghujung September 2026, para jurulatih mungkin perlu menyesuaikan semula jadual latihan dan pengurusan pasukan bagi memastikan pemain kekal cergas selepas tempoh rehat panjang itu.
Kesesakan jadual pada penghujung musim juga dijangka meningkat bagi menampung kekurangan tarikh perlawanan akibat jendela antarabangsa yang lebih panjang walaupun langkah ini dikatakan bertujuan untuk menjaga kebajikan pemain, sesetengah pihak berpendapat ia boleh memberi tekanan tambahan kepada kelab dan liga yang sudah padat dengan pertandingan.
Secara keseluruhannya, penggabungan jendela antarabangsa ini menandakan perubahan besar dalam struktur bola sepak dunia, ia mungkin memudahkan perancangan antarabangsa tetapi pada masa sama memerlukan penyesuaian besar daripada kelab, liga dan pemain dalam menghadapi era baharu kalendar FIFA bermula 2026.