SKUAD Gergasi Merah, Selangor FC kini sedang menumpukan fokus latihan mereka menjelang perlawanan Liga Super 2023 yang akan menentang Perak FC pada 20 Mei ini.
Pemain-pemain Selangor FC kelihatan bersemangat turun padang untuk melakukan sesi latihan sebagai persediaan berdepan skuad The Bos Gaurus di Ipoh minggu depan.
Aksi latihan mereka boleh dilihat melalui perkongsian video yang dimuatnaik di laman YouTube Selangor FC.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memberikan sokongan yang padu buat semua pemain dan menjangkakan Selangor FC mampu mengutip mata berharga di rumah pihak lawan.
“Insya Allah, Selangor adalah pasukan satu-satunya boleh mengatasi mana-mana pasukan lawan. Saya yakin Selangor boleh juara,” komen dari @thesaint1822.
“Saya harap pasukan Selangor FC akan berjaya lagi dan saya harap tiga mata untuk dibawa pulang,” komen dari @ejatfamily3226.
“Kita sebagai penyokong Selangor sentiasa berikan semangat kepada Selangor FC untuk dapatkan tiga mata penuh di Ipoh nanti,” komen dari @BosaBoss.
Selain Selangor FC menentang Perak FC, turut berlangsung perlawanan antara Sri Pahang FC dan juga Penang FC pada hari yang sama demi mengutip mata berharga untuk pasukan masing masing.