GOH Jin Wei menamatkan kemarau lapan tahun tanpa kejuaraan apabila memenangi Cabaran Antarabangsa Singapura, hari ini.

Pemain perseorangan wanita negara paling senior itu, menamatkan penantian dengan mengatasi pemain Indonesia Komang Ayu Cahaya Dewi 21-11, 21-11, pada perlawanan akhir yang berlangsung selama 30 minit.

Kemampuan Jin Wei, 26, yang kini berada di tangga ke-55 dunia menjuarai kejohanan biarpun berstatus Cabaran Antarabangsa (IC), tiba pada masa yang tepat menjelang kempen Piala Uber, selepas bekas juara Olimpik Remaja itu disahkan bersetuju menyertai acara berpasukan terbabit.

Untuk rekod, kali terakhir Jin Wei meraih kejuaraan individu adalah pada Sukan Olimpik Remaja 2018 di Beunos Aires.