PELUMBA Red Bull Racing, Max Verstappen mempamerkan pemanduan hebat apabila menjuarai perlumbaan ‘Sprint Race’ dalam Grand Prix Emilia Romagna yang berlangsung di Litar Imola, San Marino pada Sabtu.

Menerusi perlumbaan 30 minit sejauh 100 kilometer (km) itu, Verstappen dipintas Charles Leclerc ketika permulaan perlumbaan sebelum kembali memintas ketika perlumbaan berbaki dua pusingan sekaligus menempah petak pertama untuk perlumbaan utama Grand Prix Emilia Romagna yang akan berlangsung esok.

Kemenangan ini menyaksikan Verstappen berjaya menambah lapan mata merapatkan jurang mata menjelang perlumbaan pada Ahad. Turut melengkapkan podium adalah teman sepasukan, Sergio Perez.

“Sangat gembira kerana mempunyai perlumbaan Sprint yang bersih di penghujung perlumbaan. Semestinya saya gembira hari ini tetapi esok adalah perlumbaan yang lain dengan strategi tayar bakal memainkan peranan.” kata Max selepas perlumbaan.

Perlumbaan Sprint ini juga dijadikan sebagai penentu grid perlumbaan esok dengan perlumbaan utama masih mengekalkan format lama dengan hentian pit wajib dan pelumba juga perlu menggunakan kedua-dua jenis tayar.

Adakah Verstappen dapat merapatkan kedudukan mata kepada Charles Leclerc dalam perlumbaan utama Grand Prix Emilia Romagna yang pastinya mendebarkan. Sama-sama kita nantikan.

Hasil keputusan perlumbaan Sprint, berikut adalah grid perlumbaan bagi Grand Prix Emilia Romagna esok.

1. Max Verstappen – Red Bull

2. Charles Leclerc – Ferrari

3. Sergio Perez – Red Bull

4. Carlos Sainz – Ferrari

5. Lando Norris – McLaren

6. Daniel Ricciardo – McLaren

7. Valtteri Bottas – Alfa Romeo

8. Kevin Magnussen – Haas

9. Fernando Alonso – Alpine

10. Mick Schumacher – Haas

11. George Russell – Mercedes

12. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri

13. Sebastian Vettel – Aston Martin

14. Lewis Hamilton – Mercedes

15. Lance Stroll – Aston Martin

16. Esteban Ocon – Alpine

17. Pierre Gasly – Alpha Tauri

18. Alexander Albon – Williams

19. Nicolas Latifi – Williams

20. Guanyu Zhou – Alfa Romeo

Kedudukan Pemandu Selepas Sprint Race GP Emilia Romagna (10 teratas):

1. Charles Leclerc – 78 mata

2. Carlos Sainz – 38 mata

3. George Russell – 37 mata

4. Sergio Perez – 36 mata

5. Max Verstappen – 33 mata

6. Lewis Hamilton – 28 mata

7. Lando Norris – 20 mata

8. Esteban Ocon – 20 mata

9. Valtteri Bottas – 14 mata

10. Kevin Magnussen – 13 mata

Kedudukan Pengeluar Selepas Sprint Race GP Emilia Romagna:

1. Ferrari – 116 mata

2. Red Bull Racing – 69 mata

3. Mercedes – 65 mata

4. McLaren – 31 mata

5. Alpine – 22 mata

6. Alfa Romeo – 15 mata

7. Haas – 13 mata

8. Alpha Tauri – 10 mata

9. Williams – 1 mata

10. Aston Martin – 0 mata