PENYERANG Manchester City, Erling Haaland membuktikan ketajamannya di bahagian serangan apabila mencetak dua gol menentang West Ham United bagi memastikan kemenangan mutlak milik The Citizens.
Pemain berusia 22 tahun itu jelas dapat mengikuti apa yang dimahukan Pep Guardiola apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-36 apabila dia dijatuhkan oleh penjaga gol West Ham United, Alphonse Areola.
Keseluruhan perlawanan jelas dikuasai City dengan serangan bertubi-tubi ke kubu lawan manakala West Ham dilihat seperti ‘mati akal’ dan menampilkan prestasi hambar sepanjang perlawanan.

Dalam pada itu, pengendali Manchester City, Pep Guardiola memuji aksi yang dipamerkan Haaland mampu menggegar gawang meskipun baru sahaja bersama skuad The Citizens pada musim ini.
“Dia penyerang yang luar biasa. Dia sentiasa sahaja berikan ancaman kepada pasukan lawan. Sebab itu kita membuat keputusan untuk mengambil dia. Hidup dan matinya adalah untuk mencetak gol.
.@KevinDeBruyne 🤝 @ErlingHaaland#ManCity pic.twitter.com/QbSBOKozCC
— Manchester City (@ManCity) August 7, 2022
Keserasian yang baik bersama pemain-pemain lain tetapi keseluruhan pasukan telah menampilkan persembahan terbaik mereka,” ujar Pep ketika ditemurah BBC Sports.
Perpindahan bekas penyerang Borussia Dortmund itu nyata berbaloi dan menguntungkan buat Pep yang mengimpikan untuk meneruskan legasi kecemerlangan City musim ini.