Tan Sri Hamidin Mohd Amin berharap kepimpinan baharu FAM dapat menangani isu membabitkan tujuh pemain warisan negara yang masih menjadi perhatian peminat bola sepak tanah air.
Beliau berkata FAM telah mengambil tindakan awal termasuk membuat laporan polis dan kini menunggu perkembangan lanjut daripada pihak berkuasa.
Menurutnya, perkara berkaitan dokumentasi serta pasport pemain perlu ditangani secara berhati-hati kerana melibatkan pelbagai agensi kerajaan.
“FAM tidak boleh lepas tangan dalam perkara ini. Namun saya berpandangan Presiden dan Exco baharu perlu melihat isu ini secara menyeluruh dan sensitif,” katanya.
Hamidin sebelum itu menjelaskan beliau tidak mahu membuat keputusan besar memandangkan FAM kini berada dalam fasa peralihan menjelang pemilihan baharu.
Beliau berharap kepimpinan yang bakal dipilih dapat mencari penyelesaian terbaik demi kepentingan skuad kebangsaan.