SKUAD Hoki Dalam Dewan Lelaki Dan Wanita Kebangsaan meneruskan rentak kemenangan dalam Kejohanan Hoki Dalam Dewan Asia di Bangkok Thailand apabila mudah menewaskan lawan masing-masing.
Selepas membenam Singapura 6-0 dan Chinese Taipei 12-2 pada dua perlawanan awal, skuad lelaki negara sekali lagi menang mudah 5-0 ke atas tuan rumah Thailand dalam perlawanan di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok.
Dua gol masing-masing dari Najmi Farizal Jazlan dan Norsyafiq Sumantri serta satu gol dari Faridzul Afiq cukup untuk memberikan tiga mata penuh buat Malaysia. Najmi juga dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan itu.
Men's Indoor Asia Cup 2022, Bangkok, Thailand
Round Robin – 10 August 2022
FULL TIME
Malaysia 5-0 Thailand
15' PC Muhammad Najmi Farizal Jazlan
21' FG Norsyafiq Sumantri
28' FG Faridzul Afiq Mohd
34' FG Norsyafiq Sumantri
35' PC Muhammad Najmi Farizal Jazlan pic.twitter.com/wVt4AESvTL— MHC (@hockeymalaysia) August 10, 2022
Kemenangan ini sangat penting sebagai persediaan sebelum menghadapi pasukan nombor tiga dunia yang juga juara bertahan, Iran pada Jumaat. Selepas itu skuad negara dijadualkan bertemu pula dengan Kazakhstan dan Indonesia di venue yang sama.
Sementara itu dalam kategori wanita pula, skuad negara tidak berdepan masalah juga untuk menewaskan Thailand, 3-0 dalam aksi Kumpulan B.
Women's Indoor Asia Cup 2022, Bangkok, Thailand
POOL B – 10 August 2022
FULL TIME
Malaysia 3-0 Thailand
22' FG Iren Hussin
23' PC Nur Aisyah Yaacob
39' FG Qasidah Najwa Muhammad Halimi pic.twitter.com/gcb79Crdz9— MHC (@hockeymalaysia) August 10, 2022
Iren Hussin, Nur Aisyah Yaacob dan Qasidah Najwa Halimi masing-masing menyumbang satu gol untuk tiga lagi mata sekaligus layak ke peringkat separuh akhir.
Penjaga Gol, Farah Yahya dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan dan skuad ini akan melengkapkan kempen peringkat kumpulan menentang Singapura, Jumaat ini.