SKUAD hoki 5s lelaki kebangsaan menepati ramalan dengan melangkah ke separuh akhir, Kejohanan Hoki 5’s Piala Asia 2023 di Salalah Oman, selepas membelasah Iran, 6-1 pada aksi crossover yang berlangsung awal pagi Sabtu.
Pengendali skuad negara, Wallace Tan jelas lega apabila para pemain berjaya menjaringkan gol yang sangat klinikal sepanjang permainan.
“Perlawanan yang sengit saya boleh katakan. Iran bermain dengan baik. Tetapi kita dapat menjaringkan gol yang penting.
“Lawan di separuh akhir, pasukan India merupakan pasukan yang bermain dengan baik dan mempunyai pemain yang baik juga.
“Kita akan tumpu perhatian kepada recovery malam ini untuk perlawanan yang penting esok (hari ini),” katanya selepas perlawanan.

Pada aksi itu, keenam gol pemain negara dijaringkan oleh Mohamad Kamarulzaman Kamaruddin m-2, Muhamad Nazrey Din (7), Mohamad Kamarulzaman Kamaruddin (13), Mohamad Akhimullah Anuar Esok (17), Muhammad Muhibuddin Moharam (24) dan Syarman Mat Tee (24).
Iran berjaya memperolehi gol saguhati menerusi jaringan Mohammadali Salehipour m-27.
“Apa yang penting untuk saya pemain mesti tunjuk persembahan yang baik dan bermain dengan semangat juang yang tinggi di separuh akhir,” tambahnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN : Hoki Piala Asia 5’s : Malaysian Tigers mesti menang ke atas India
Menanti Malaysia di separuh akhir adalah India yang telah layak secara automatik selepas muncul selaku dua pasukan terbaik dalam Elite Pool dan aksi separuh akhir akan berlangsung petang ini.

Sementara itu, penjaga gol negara, Che Shahrul Azmi Che Saupi dinobatkan pemain terbaik perlawanan dan ini merupakan anugerah kedua yang dinobatkan kepadanya selepas kali pertama ketika perlawanan bertemu Bangladesh.