SKUAD hoki remaja lelaki negara, bakal mengetahui lawan mereka di Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja FIH 2025 apabila undian rasmi dijangka berlangsung di Lausanne, Switzerland pada 24 Jun ini.
Undian itu bakal menyaksikan 24 pasukan dibahagikan kepada enam kumpulan, sekali gus menjadi penyertaan terbesar dalam sejarah kejohanan.
Malaysia diletakkan dalam Pot 1 bersama pasukan kuat seperti Australia, Belgium, Pakistan, New Zealand dan Afrika Selatan, manakala pasukan pilihan seperti Jerman, India, Argentina, Sepanyol, Belanda dan Perancis telah pun dipilih dalam kumpula A hingga F.


Kejohanan yang dijadual berlangsung dari 28 November hingga 10 Disember di Chennai dan Madurai, India itu menjadi pentas penting buat Young Tigers untuk menonjolkan kemampuan dalam kalangan gergasi hoki dunia.
Format baharu membabitkan enam kumpulan pastinya menuntut lebih strategi dan disiplin tinggi sepanjang kejohanan.
Malaysia bukan asing dalam saingan Piala Dunia Remaja apabila pernah menduduki tempat keempat pada tiga edisi iaitu 1979 di Versailles, Perancis, 1982 di Kuala Lumpur dan 2013 di New Delhi, India.

Sentuhan Nor Saiful Zaini diharap mencipta magis dalam aksi di Tamil Nadu nanti.
Pada edisi tahun lalu, skuad negara menamatkan saingan di tempat paling corot ketika iaitu ke-12.
Kini skuad remaja bimbingan dibimbing Nor Saiful Zaini Nasruddin sudah mengumpul 30 hingga 40 pemain sebelum disenarai pendek ke skuad sebenar menjelang saingan di Tamil Nadu.