MOMENTUM awal dan ‘hype’ Sukan SEA 2027 perlu digerakkan segera dengan peranan besar dimainkan rakan media.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari, menegaskan Malaysia selaku tuan rumah mesti memastikan penganjuran kali ini muncul antara yang terbaik dalam sejarah temasya.

Menurutnya, pembentukan suasana keterujaan awal, penting bagi memastikan sokongan rakyat khususnya golongan muda terus memuncak menjelang 2027.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari mahu, media mainkan peranan wujudkan hype Sukan SEA 2027 dari sekarang, agar dirasai di setiap pelusuk tanah air. |FOTO by Kamarul Azam Abdullah.

“Kita dah perlu wujudkan ‘hype’ Sukan SEA itu sendiri kerana semua pihak ada peranan untuk memastikan kejayaannya,” katanya, pada Majlis Iftar bersama media.

Tambah beliau, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan berusaha sedaya upaya namun kerjasama media menjadi kunci memastikan penganjuran berlangsung cemerlang.

Dr Mohammed Taufiq Johari mengambil peluang mengenali petugas media. |FOTO by Kamarul Azam Abdullah.

Taufiq turut menekankan hubungan rapat kementerian dan media penting bagi memperkukuh penyampaian agenda pembangunan belia serta sukan kepada masyarakat.

Katanya, program libat urus bersama media akan diteruskan secara konsisten supaya suara akar umbi terus menjadi panduan dalam merangka dasar.