SELEPAS lebih setahun menjadi mangsa kes simbahan asid, pemain sayap kebangsaan dan Selangor FC, Faisal Halim melontarkan nada keyakinan untuk kembali menjelmakan kebangkitan pretasinya untuk musim baru Liga Malaysia yang bermula Ogos ini.

Bagi Faisal, sokongan kuat pengurusan Selangor, jurulatih dan rakan sepasukan sentiasa memberi kekuatan kepadanya untukmeneruskan perjuangan bagi mengembalikan prestasinyaseperti sebelum ini.

Sudah tentu sebagai pemain, dari satu hari ke satu hari sayasentiasa mahu jadi lebih baik.Yang penting saya mendapatsokongan barisan jurulatih dan rakan-rakan untuk menjadilebih baik daaripada sebelum ini.

Faisal Halim ketika aksi pra-musim baru-baru ini.

“Saya rasa tahun ini adalah tahun untuk saya bangkit, ini adalah saat dan masa yang tepat  untuk saya kembalikan aura Faisal Halim seperti biasa. Ini bukan lagi fasa pemulihan tetapi fasa saya memberikan aksi terbaik,” kata Faisal yang ditemui ketika sidang media pra perlawananpersahabatan Selangor FC – Asian Warriors yang bakal berlansung esok di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu memang dikenali sebagaipemain yang mempunyai semangat juang tinggi serta komitmen luar biasa. Meskipun insiden tragik pada Mei 2024 hampir meragut kariernya, Faisal tetap tabah mengharunginyadan berjaya kembali beraksi menjelang penghujung musimlalu.

Ketabahan dan kegigihan yang ditonjolkan Faisal turutmembuka ruang untuk beliau kembali menyarung jersi kebangsaan di bawah kendalian jurulatih Peter Cklamovski yang jelas menghargai pemain komited seperti Faisal.

Dalam kem Selangor FC, Faisal turut disebut sebagai calon utama untuk menggalas tanggungjawab sebagai kapten pasukan Red Giants musim ini. Bagaimanapun, beliau menyerahkan keputusan tersebut sepenuhnya kepada ketua jurulatih, Katsuhito Kinoshi.

Fokus utama saya adalah untuk kembalikan prestasi terbaik. Tapi jika diberi amanah sebagai kapten, saya akan pikultanggungjawab itu dengan penuh komitmen. Yang penting, semua pemain perlu bersedia berjuang habis-habisan demi memastikan kejayaan Selangor musim ini,” tegasnya penuh semangat.