KELAB selatan tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) II menghampiri gelaran Liga Premier 2022 selepas bergaya menewaskan Terengganu FC II 3-0 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, sebentar tadi.
Gol menerusi Daryl Sham seawal minit keenam dan tambahan dua jaringan oleh Umar Hakeem 82′ dan Moussa Sidibe 85′ di penghujung babak kedua cukup menceriakan penyokong tegar JDT yang hadir memberikan sokongan.
Pencabar terdekatnya, Kelantan FC berputih mata di halaman sendiri tumpas mengejut 1-2 kepada Selangor FC II pada aksi yang berlangsung di sebelah petang.
KEPUTUSAN MASA PENUH – LP17
Johor Darul Ta’zim II meraih tiga mata penuh di Pasir Gudang.#LigaPremier2022 pic.twitter.com/Jt6BAY2qgQ
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) September 4, 2022
JDT kini mengutip 39 mata dan boleh mengesahkan kejuaraan pada aksi terakhir liga pada 30 September ini.
📊 KEDUDUKAN LIGA PREMIER – LP17#LigaPremier2022 pic.twitter.com/zWRJNGnxbz
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) September 4, 2022