Foto kredit: Squashsource
PEMAIN utama squash lelaki kebangsaan Ng Eain Yow memulakan saingan Kejohanan Skuasy Klasik Qatar dengan bergaya apabila mara ke pusingan kedua kejohanan di Doha itu.
Eain Yow yang juga pemain ranking ke-21 dunia tiada masalah menundukkan pemain Perancis, Auguste Dussord di gelanggang utama.
Wakil tunggal negara itu menang 11-7, 11-5, 11-6 dalam masa 44 minit, sekali gus menunjuk jalan keluar kepada pemain Perancis yang berada di ranking ke-41 dunia.
Bagaimanapun, ranjau berduri menantinya di pusingan kedua esok (Isnin), apabila dijadual bertemu pilihan kelima kejohanan, Mohamed El Shorbagy yang kini mewakili England.
El Shorbagy nama yang sangat besar dalam dunia skuasy, pernah menghuni ranking pertama dunia dan ketika ini berada di ranking kelima dunia.
Dia pasti mahu menjaga namanya yang baharu memilih menggunakan bendera England berbanding Mesir, bermula Jun lalu.
Berdasarkan rekod, kedua-dua pemain pernah empat kali bertemu dan El Shorbagy menang semua perlawanan.
Pertemuan terakhir mereka di Terbuka Manchester, menyaksikan Eain Yow teeas 11-7, 8-11, 11-13, 5-11.