BANYAK pihak tampil memberi bantuan kepada rakyat Johor berdepan dengan bencana alam banjir yang melanda sejak minggu lalu.
Memahami kesukaran mangsa-mangsa banjir berdepan, Kelab Johor Darul Takzim (JDT) turut tampil memberi bantuan kepada yang terlibat.
Dalam satu hantaran yang dimuatnaik di media sosial rasmi kelab, Ketua Pegawai Eksekutif kelab, Allistair Edwards mengumumkan perkara berkenaan pada Khamis.

“Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan JDT agar kesemua jualan tiket perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim sehingga akhir Ramadan disalurkan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir di Johor.
“Ini melibatkan perlawanan Liga Super menentang Kelantan (11 Mac), Sabah (31 Mac), Kedah (9 April) dan perlawanan Piala FA bertemu PDRM (14 April),” katanya.
Selain itu, Kedah Darul Aman (KDA) FC juga prihatin kepada tragedi yang menimpa mangsa banjir di Johor apabila menyumbang 10 peratus dari hasil jualan tiket kepada mangsa banjir.