Kempen wakil perseorangan Malaysia di Kejohanan Dunia BWF 2026 menyaksikan dua wakil negara, Leong Jun Hao dan K. Letshanaa, terkandas pada pusingan 32 terbaik selepas masing-masing tewas kepada pemain China hari ini.
Jun Hao terpaksa akur kepada pemain nombor sembilan dunia, Li Shi Feng, yang menamatkan cabaran pemain negara itu dalam pertarungan sengit selama 62 minit.
Pemain China tersebut menundukkan Jun Hao 21-19, 21-19 untuk melangkah ke pusingan seterusnya.
Pertarungan berlangsung sengit dengan Jun Hao memberikan tentangan sehingga penghujung kedua-dua set, namun Shi Feng lebih tenang untuk mengesahkan kemenangan dalam straight set.
Dalam aksi perseorangan wanita pula, Letsheanaa berdepan tugas sukar menentang pilihan ketiga kejohanan, Wang Zhi Yi.
Wakil China itu mengawal permainan sebelum menundukkan Letsheanaa 21-16, 21-9 dalam tempoh 42 minit.
Kekalahan tersebut menyaksikan kedua-dua wakil perseorangan negara terpaksa menamatkan perjalanan mereka pada peringkat 32 terbaik Kejohanan Dunia BWF 2026.