MPL MY mulai memperkenalkan ciri khas di mana para penonton dapat melihat kadar degupan jantung pemain ketika perlawanan.
Ciri ini mula dipakai pada musim ini yang memperlihatkan MPL Indonesia juga memperkenalkan ciri ini.
Ini adalah hasil kerjasama antara MPL dan pihak Infinix, rakan telefon rasmi bagi MPL Malaysia dan Indonesia.
Perkara ini menjadi tumpuan buat peminat selepas mereka melihat ia sebagai satu hiburan yang menarik untuk dilihat.
Ada di antara para pemain merekodkan kadar degupan jantungnya yang lebih 100 denyutan seminit (bpm) dan ada juga yang ada dalam kadar 60-80 bpm.
Ia dipengaruhi oleh faktor keadaan di dalam perlawanan, jika perlawanan sedang dalam keadaan sengit, kadar degupan jantung para pemain dilihat meningkat.
Pada perlawanan antara SRG dan Team Rey, midlaner pasukan SRG, Stormie mencatatkan 72 bpm pada pusingan pertama dan pada perlawanan pusingan terakhir, beliau mencatatkan 143 bpm yang menunjukkan intensiti perlawanan yang tinggi.
Ciri khas ini amat bagus buat pemain kerana mereka dapat memantau degupan jantung mereka yang mempengaruhi performa dalam perlawanan.
Saksikan saingan liga MPL MY setiap jumaat, sabtu dan ahad daripada 3 April 2026 hingga 24 Mei 2026.