BEKAS penjaga gol PJ City FC, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi secara rasminya diumumkan sebagai pemain baharu pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA)
Penghijrahannya ke KDA FC juga dilakukan susulan pengumuman tergempar dilakukan kelab Petaling Jaya City FC sebelum ini yang menarik diri dari saingan liga Malaysia musim hadapan.
Dengan keputusan tersebut, dia turut mengiringi bekas jurulatih Terengganu FC, Muhammad Nafuzi Mohd Zain yang turut membuat keputusan berhijrah ke kelab KDA FC musim depan.
KALAMULLAH AL-HAFIZ KINI HIJAUKUNING
Kalamullah Al-Hafiz Bin Mat Rowi menandatangani kontrak selama 2 tahun bersama KDA FC. Kehadiran beliau di waktu prestasi kemuncak memberi suntikan positif bagi Nafuzi Zain untuk memperkukuhkan benteng terakhir pasukan Sang Kenari. pic.twitter.com/pyQ50wJGXc
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) December 7, 2022
Rekod sebelum ini menunjukkan Kalamullah tiga kali dicalonkan selaku antara penjaga gol terbaik Liga Super musim ini jelas dilihat ingin mencuba haluan baru untuk mengembangkan lagi sisi kariernya.
Dengan usia yang muda serta pengalaman berharga dipanggil buat pertama kali dalam saingan King’s Cup September lalu jelas melonjak reputasinya sebagai penjaga gol yang digeruni.