PENYERANG utama Bayern Munich, Harry Kane, memberikan khabar gembira kepada peminatnya melalui media sosial apabila berkongsi perkembangan terkini berkaitan proses pemulihan kecederaannya.

Kane, yang mengalami kecederaan otot paha ketika perlawanan Bundesliga menentang Borussia Dortmund bulan lalu, kini semakin pulih dan kembali menjalani latihan individu.

Dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya, Kane dilihat sedang berlatih di padang sambil menendang bola.

“Kembali ke padang hari ini dengan bola, sangat menyeronokkan. Pemulihan berjalan dengan baik! dan akan menonton rakan-rakan dari rumah nanti,” katanya.

Ketiadaannya jelas memberi impak kepada pasukan Bayern Munich selepas keputusan seri 1-1 menentang Dortmund. 

Justeru, kelab gergasi Jerman itu tersingkir dari pusingan 16 DFB Pokal selepas tewas kepada juara bertahan, Bayer Leverkusen.

Walaupun terdapat kebimbangan awal bahawa Kane mungkin tidak akan beraksi lagi sepanjang tahun 2024, perkembangan terbaru ini memberikan harapan kepada penyokong Bayern.

Dalam perkembangan lain, skuad bimbingan Vincent Kompany telahpun bertemu Shakhtar Donetsk dalam aksi Liga Juara-Juara pada Selasa dan keputusan memihak kepada mereka dengan kemenangan 5-1.