FOTO KREDIT : Super Schools Rugby 2023

VICTORIA Institution (VI) dipaksa berhempas pulas untuk menumpaskan juara Negeri Sembilan, Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR) 16-5 dalam aksi suku akhir Super Schools Rugby 15s edisi 2023 di padang Victoria Institution petang semalam.

Penguasaan lebih berpihak kepada SDAR namun pasukan SDAR Lions gagal memanfaatkan peluang dan VI Blues mengambil kesempatan di hujung perlawanan untuk memastikan pasukan VI layak ke peringkat seterusnya.

Mereka bakal bertemu dengan pemenang perlawanan antara Kolej Melayu Kuala Kangsar dan SMK King Edwards yang akan berlangsung awal September nanti.

Kejohanan berehat seketika bagi memberi laluan kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang akan berlangsung 23 Ogos ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Super Schools Rugby 15s : RMC Black Scorpions bikin ‘comeback’ kejutkan pasukan pilihan