Select Page

Kelayakan Piala Asia B-17 2023 : Harimau Muda tak gentar hadapi Indonesia aksi terakhir Kumpulan B

Kelayakan Piala Asia B-17 2023 : Harimau Muda tak gentar hadapi Indonesia aksi terakhir Kumpulan B

PASUKAN kebangsaan B-17 mengakui tidak gentar menghadapi Indonesia dalam Kumpulan B kelayakan Piala Asia B-17 2023.

Perlawanan itu akan berlangsung pada Ahad depan di Stadium Pakansari, Cibinong, Bogor.

Keyakinan itu diungkap oleh Afiq Danish pada sidang media di kawasan Sentul, Bogor baru-baru ini.

“Perlawanan Malaysia menentang Indonesia memang panas. Lebih-lebih lagi, mungkin ada puluhan ribu penonton di stadium. Namun, ia sebenarnya akan membakar semangat untuk bermain dengan baik,” katanya.

Bagaimanapun, Afiq percaya dia dan rakan sepasukan mampu memberikan tentangan sengit kepada tuan rumah apabila kedua-dua pasukan bertemu.

Menurut pemain berusia 16 tahun itu, dia telah membuat persediaan rapi untuk Kelayakan Piala Asia B-17 2023.

“Kami melakukan beberapa perlawanan ujian antarabangsa dan sempat berdepan pasukan kebangsaan B-19 Malaysia. serta dua pasukan tempatan di Malaysia,” jelas Afiq.

Jurulatih pasukan kebangsaan B-17, Osmera Omaro pula menilai Indonesia mempunyai pemain yang berkualiti terutama di bahagian sayap dan pertahanan tengah.

Indonesia juga mendapat manfaat daripada kehadiran penyokong di stadium.

“Kami cuba untuk tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain. Kami menyasarkan untuk beraksi dengan baik sehingga perlawanan terakhir,” kata Osmera.

Semalam, Malaysia bermula garang membelasah Palestin 4-0 dalam saingan pembukaan. Perlawanan seterusnya bertemu Guam pada Rabu yang dijangka boleh memberikan kutipan tiga mata tambahan.

Untuk makluman, siri perlawanan Kumpulan B Kelayakan Piala Asia B-17 2023 akan berlangsung pada 1-9 Oktober 2022 di Stadium Pakansari, Cibinong, Kabupaten Bogor.

Video Terkini

Loading...