Select Page

Jokowi arah PSSI hentikan aksi Liga 1 serta-merta

Jokowi arah PSSI hentikan aksi Liga 1 serta-merta

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo mengarahkan pihak polis segera menyiasat kes yang mengorbankan sekurang-kurangnya 127 orang dalam insiden keganasan Liga 1 Indonesia antara Arema FC dan Persebaya Surabaya.

Dengan nada tegas, Jokowi mengarahkan Persatuan Bolasepak Indonesia menghentikan serta merta aksi liga dan akan kembali disambung setelah keadaan kembali pulih.

 

“Saya minta melakukan pemeriksaan yang teliti untuk kes ini. Untuk itu, saya juga memerintahkan Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) untuk segera menghentikan sementara Liga 1 dan evaluasi dan situasi kembali disahkan kembali tenang,” ujarnya.

Situasi tegang tersebut tercetus setelah Arema tewas 2-3 menyebabkan penyokong gagal mengawal perasaan dan masuk menyerang sebahagian pemain dan penyokong lawan.

Gas pemedih mata dilepaskan juga dikatakan antara faktor terjadinya angka korban tersebut kerana situasi huru-hara yang sukar dikawal.

Video Terkini

Loading...