MALAYSIA pulang tangan kosong di Terbuka Malaysia 2026, selepas beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas di final sebentar tadi.

Kekalahan Aaron Chia-Wooi Yik kepada beregu nombor satu dunia, Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan itu sekaligus memanjangkan kemarau gelaran beregu lelaki di laman sendiri.

Dalam perlawanan sengit antara Aaron Chia-Wooi Yik dengan Won Ho-Seung Jae (Korea Selatan) menyaksikan final yang gentar.

Namun hasrat untuk menamatkan kemarau 12 tahun beregu lelaki tidak kesampaian apabila pertahanan cemerlang dari gandingan ranking pertama dunia itu menewaskan Aaron Chia-Wooi Yik 21-15, 12-21, 21-18 dalam tempoh 65 minit.

Ketahanan kukuh gandingan Korea Selatan itu memberi tekanan berterusan memaksa Aaron Chia–Soh Wooi Yik melakukan kesilapan dengan dua mata terakhir diraih lawan hasil kesilapan pukulan keluar gelanggang.

Keputusan tersebut sekaligus menobatkan Kim Won Ho–Seo Seung Jae sebagai juara bertahan manakala Aaron Chia–Soh Wooi Yik terpaksa berpuas hati selaku naib juara.

Untuk rekod, kemenangan itu merupakan kemenangan kedua Kim Won Ho–Seo Seung Jae dalam tiga pertemuan menentang Aaron Chia–Wooi Yik.

Begitupun, Aaron Chia–Soh Wooi Yik setidak-tidaknya ke final selepas negara tiada wakil beregu lelaki yang kali terakhir diwakili Goh V Shem-Lim Khim Wah pada 2014.