KEJAYAAN Kuala Lumpur City FC layak ke final Piala AFC masih menjadi buah mulut para penyokong mereka dan bagi menyatakan sokongan dan rasa terima kasih kepada mereka, KL City memberikan diskaun tiket bagi perlawanan timbal balik peringkat 16 terbaik Piala Malaysia menentang PDRM FC.
Aksi timbal balik itu akan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 1 November 2022 dan potongan 50% akan diberikan kepada penyokong yang menunjukkan bukti pembelian tiket final Piala AFC lalu.
Dengan hanya menunjukkan bukti tiket, setiap penyokong KL City berhak mendapatkan maksimum dua tiket dengan harga promosi untuk sama-sama menyokong kelab kesayangan mereka yang boleh dikatakan sudah sebelah kaki ke peringkat suku akhir.
Haaaa ada promosi tiket diskaun untuk perlawanan VS PDRM Selasa ini!
For every 1 AFC Cup Final 2022 ticket, you are entitled to purchase up to a maximum of 2 tickets, for only RM 10 each.
Takkan korang tak simpan tiket AFC Cup Final kan? Kenangan tuuu 😉 pic.twitter.com/yCewVhj2LH
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) October 30, 2022
Penebusan tiket ini hanya boleh dilakukan di kaunter Stadium Cheras pada hari perlawanan bermula jam 4 petang dan harga yang ditawarkan sememangnya murah dan menarik perhatian para penyokong setia.
Pengurusan KL City sentiasa proaktif dengan cara tersendiri untuk menarik minat para penyokong hadir ke stadium dan diskaun kesetiaan ini adalah salah satu langkah yang menarik buat penyokong naib juara Piala AFC itu.
Pada perlawanan pertama Khamis lalu, skuad kendalian Bojan Hodak itu tidak berhadapan masalah untuk membenam cabaran PDRM FC apabila menang 3-0 sekaligus membawa bekalan aggregat yang selesa di perlawanan kedua nanti.