PERSAINGAN hari ketiga Kejohanan Badminton Petronas Bawah 21 Kebangsaan yang berlangsung di Kuantan, Pahang semakin hangat dimana pemain pemain pilihan terus mendominasi untuk memburu kejuaraan bagi lima kategori yang dipertandingkan.
Perseorangan lelaki, Justin Hoh terus mempamer aksi yang cemerlang untuk melangkah ke suku akhir selepas menundukkan rakan seperjuangan di BAM, Low Han Chen 21-17, 21-7 untuk mara ke pusingan kelima.
Justin akan berdepan Muhd Ariffin Nazri Md Zakaria dari Johor yang menundukkan wakil BAM, Ting Weng Xuan dalam aksi tiga set, 13-21, 23-21, 22-20.
Pilihan kedua, Ong Zhen Yi juga mengikuti jejak Justin mara ke pusingan kelima selepas menundukkan rakan seperjuangan di BAM, Sng Wei Ming 21-19, 21-16.
Zhen Yi akan menentang pemain Selangor, Muhd Atef Haikal Muhd Taufik yang menang ke atas Tan Zhe Yang 21-14, 21-18.
Saingan beregu lelaki juga memperlihatkan penguasaan bergu pilihan, Mohd Fazriq Mohd Razif-Wong Vin Sean mara ke peringkat suku akhir.
Fazriq-Vin Sean menundukkan gandingan dari Selangor, Au Wei Shan-Wen Chang Lee 21-10, 21-18 dan akan berdepan Lok Hing Quan-Muhd Faiq Haziq Masawi-Lok Hong Quan (BAM).
Justin Hoh turut beraksi dalam acara beregu dimana gandingannya bersama sama Euogene Ewe Eon menang ke atas Toh Ee Hern-We Yee Tern21-17, 21-12.
Perseorangan wanita pula menyaksikan dua pemain pilihan utama, Tan Zhing Yi dan Ong Xin Yee meneruskan kemaraan ke pusingan ketiga.
Zhing Yi menang ke atas V Radhakrishnan (Selangor) 21-18, 21-9 dan akan menentang wakil Kedah, K Yeshveenii untuk memburu tiket ke separuh akhir.
Sementara Ong Xin Yee menepati ramalan mara ke pusingan ketiga selepas mengatasi Sharifah Nuranis Syed Faisal 21-10, 21-2 dan akan berdepan Ung Yi Xing (BAM) untuk memburu tiket ke suku akhir.
Saingan beregu campuran juga menyaksikan gandingan pilihan mara ke pusingan ketiga selepas menang ke atas lawan masing masing.
Turun selaku pilihan pertama, Muhd Zulhairi – Ng Po Lyn dari BAM menang ke atas pasangan Han Webber Lee Wei-D Kalaiselvan 21-13, 16-21, 21-14 dan akan menentang gandingan Johor, Azuan Amirul Imran-Dania Sofea Zaidi
Sementara Choi Jian Sheng-Lai Ting Cen menang ke atas Muhd Fariz Zikry Razali-Chan Pei Xin dan akan berdepan Muazzam Danish Hanafi-Wong Zi Yi.