Select Page

Kuching City FC pilih Kemboja destinasi pramusim

Kuching City FC pilih Kemboja destinasi pramusim

 

KUCHING CITY FC bakal menjalani latihan pramusim di Kemboja selama tujuh hari dan telah mengaturkan tiga perlawanan persahabatan kompetitif dengan kelab Liga Perdana Kemboja

Latihan pramusim ini dilakukan sebagai persediaan pasukan kendalian Irfan Bakri Abu Salim untuk menghadapi musim Liga Malaysia 2023 yang bakal membuka tirai pada 24 Februari.

Di Kemboja nanti, Kuching City bakal menguji kelab Naga World FC, Phnom Penh Crown FC dan Preah Khan Reach Svay Rieng FC di Phnom Penh untuk menguji keserasian pemain dan memahami taktikal yang bakal digunakan.

Sulaiman Hussin

Ketiga-tiga kelab yang akan dihadapi adalah lawan yang cukup berkualiti dengan Phnom Penh Crown adalah juara lapan kali Liga Perdana Kemboja dan juga juara bagi musim 2022 serta bertanding di Piala AFC.

Penolong jurulatih Kuching City FC, Sulaiman Hussin berkata mereka memilih Kemboja sebagai destinasi pra musim kerana ianya adalah satu medan yang baik untuk menguji keserasian pasukan menjelang aksi Liga Super.

“Menentang tiga kelab terbaik di Kemboja sudah tentu akan memberikan pemain kami pendedahan beraksi di peringkat antarabangsa selain peluang terbaik untuk kami menguji keserasian pemain sebelum liga bermula.

Phnom Penh Crown FC, juara lapan kali Liga Perdana Kemboja

“Kami memilih Kemboja sebagai destinasi pra musim kerana selain daripada kami mendapat lawan bertaraf antarabangsa, kami juga sukar untuk mendapatkan lawan yang kompetitif di Sarawak dan terpaksa keluar negara ataupun ke Semenanjung Malaysia,” katanya ketika dihubungi FLASH SUKAN.

Kuching City FC menamatkan saingan Liga Premier Malaysia 2022 di tangga ketiga dan dinaikkan pangkat ke Liga Super musim 2023 selepas Malaysia Football League (MFL) melakukan pengstrukturan semula liga dengan kesemua 14 pasukan bertanding dalam satu liga yang lebih kompetitif.

 

 

Video Terkini

Loading...