BERBEKALKAN jaringan Wahbi Khazri iaitu pemain kelahiran Perancis, Tunisia mengejutkan juara bertahan Piala Dunia, Perancis 1-0 di Stadium Education City.
Namun, kemenangan itu tidak cukup untuk buat Tunisia menyertai Perancis ke pusingan 16 terakhir apabila Australia menewaskan Denmark 1-0 dalam satu lagi aksi Kumpulan D.
Gol Khazri itu dijaringkan pada minit ke-58 untuk kemenangan ketiga Tunisia dalam enam penampilan di Piala Dunia.

Penyokong setia Tunisia sedih… pasukan itu tersingkir dari Piala Dunia 2022 biarpun melakar kejutan ke atas Perancis pada perlawanan terakhir kumpulan D
Berdepan Tunisia, Perancis, melakukan sembilan pertukaran ke dalam skuad yang menewaskan Denmark.
Rombakan pasukan itu dilakukan selepas mereka sedar sudah mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati sebagai juara kumpulan berdasarkan perbezaan gol dengan Australia.

Antine Griezman dan rakan sepasukan meraikan jaringannya sebelum semakan pengadil membatalkan gol penyamaan itu./Pix by Al-Jazeera
Pada perlawanan itu, Perancis berpeluang menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir perlawanan apabila Antoine Griezmann meledakkan jaringan, namun pengadil membatalkan jaringan itu kerana pemain terbabit dikesan berada dalam posisi ofsaid selepas melihat semula rakaman VAR.
Sebagai juara kumpulan, Perancis bakal menentang naib juara kumpulan C yang bakal ditentukan selepas ini. – REUTERS