Select Page

Laporte dan Rodri tersenarai, Thiago dan De Gea ucap ‘bye bye’

Laporte dan Rodri tersenarai, Thiago dan De Gea ucap ‘bye bye’

DUO Manchester City, Aymeric Laporte dan Rodri tersenarai dalam panggilan skuad kebangsaan Sepanyol.

Namun, arkitek tengah Liverpool, Thiago Alcantara serta penjaga gol Manchester United, David de Gea gagal mengisi kekosongan tersebut.

Turut gagal mengikuti kelompok pemain beraksi di Piala Dunia Qatar 2022 adalah pertahanan Paris St Germain, Sergio Ramos.

Manakala, bagi pemain Barcelona yang sudah dua tahun bergelut dengan kecederaan masih diberi kepercayaan bersama skuad utama Sepanyol.

Sepanyol berada dalam Kumpulan E bersama Jerman, Jepun dan Costa Rica.

La Roja yang juga juara Piala Dunia 2010 akan memulakan kempen menentang Costa Rica pada 23 November.

Penjaga gawang : Unai Simon (Athletic Bilbao), Robert Sanchez (Brighton), David Raya (Brentford).

Pertahanan: Cesar Azpilicueta (Chelsea), Dani Carvajal (Real Madrid), Eric Garcia (Barcelona), Hugo Guillamon (Valencia), Pau Torres (Villarreal), Aymeric Laporte (Manchester City), Jordi Alba (Barcelona), Jose Gaya (Valencia).

Pemain tengah: Sergio Busquets (Barcelona), Rodri Hernandez (Manchester City), Gavi (Barcelona), Carlos Soler (Paris St-Germain), Marcos Llorente (Atletico Madrid), Pedri Gonzalez (Barcelona), Koke Resurreccion (Atletico Madrid).

Penyerang : Ferran Torres (Barcelona), Nico Williams (Athletic Bilbao), Yeremi Pino (Villarreal), Alvaro Morata (Atletico Madrid), Marco Asensio (Real Madrid), Pablo Sarabia (Paris St Germain), Dani Olmo (RB Leipzig), Ansu Fati (Barcelona).

Video Terkini

Loading...