JUARA dunia tiga kali berturut-turut Formula Satu (F1) Max Verstappen meramalkan ‘beberapa kejutan’ pada Grand Prix Las Vegas akan datang. Litar ikonik itu akan menjadi tuan rumah bagi F1 untuk kali pertama dalam iterasi barunya yang menakjubkan bermula 17 hingga 19 November depan.

Bercakap kepada media berikutan kemenangannya baru-baru ini di Grand Prix Brazil di Sao Paulo, Verstappen mengakui masih banyak yang perlu dilakukan sebelum mereka pergi ke Nevada.

Pelumba Belanda itu menambah: “Saya masih perlu berlatih di simulator. Sejujurnya, saya masih belum tahu trek.”

“Kali terakhir saya mencubanya dalam permainan F1, saya rasa saya lebih banyak melanggar tembok daripada berjalan lurus. Jadi, mari berharap itu tidak berlaku ketika saya mula memandu di sana,” ujarnya.

Trek sejauh 3.8 batu itu akan merangkumi 17 penjuru dan tiga jalan lurus. Trek itu juga akan melepasi Bellagio, Mirage, dan Caesars Palace sambil mengelilingi The MSG Sphere. Litar yang baru dibina dilaporkan boleh mencapai kelajuan purata 212 mph.

Verstappen menerangkan: “Litar ini sangat berbeza dengan (Sao Paulo), suhu yang sangat rendah, sudah tentu pada waktu malam di sana.

“(Ia) litar jalanan, kami tidak mempunyai pengalaman di sana, kami tidak tahu cengkaman pada trek. Semuanya baharu. Jadi mungkin akan berlaku beberapa kejutan, saya tidak tahu,” tambahnya.

Walau bagaimanapun, ia tidak akan menjadi kejutan jika bintang Red Bull itu meraih kemenangan ke-17 musim ini di Venada berdasarkan prestasi dominannya tahun ini.

Image

Sebelum ini, Downtown Las Vegas juga pernah menjadi tuan rumah F1 pada tahun 1981 dan 1982. Grand Prix Caesars Palace 1981 adalah yang terakhir pada musim itu, berlangsung di tempat letak kereta sementara.

Alan Jones menuntut kemenangan bagi Williams, dengan Alain Prost dari Renault di tempat kedua dan Bruno Giacomelli dari Alfa Romeo di tempat ketiga. Tahun berikutnya, Michele Alboreto dari Tyrrell mengalahkan John Watson dari McLaren, dengan Eddie Cheever dari Ligier menduduki tempat tiga teratas pada perlumbaan di rumahnya.