PEMAIN naturalisasi negara, Lee Tuck akan meninggalkan kelab Sri Pahang FC selepas semusim bersama sejak 2021.
Menerusi satu hantarannya di Facebook, masanya bersama pasukan pantai timur itu telah sampai ke penghujungnya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang hebat yang saya temui dalam kelab, peminat dan orang lain yang saya temui di negeri yang menakjubkan ini.
“Saya dan keluarga saya akan sedih untuk berpindah dan walaupun saya ingin bermain lebih banyak permainan untuk kelab.
“Saya tahu ini adalah sebahagian daripada bola sepak dan keindahan adalah dalam cabaran dan pengalaman yang anda dapat kongsikan.
“Saya juga perlu berterima kasih kepada isteri dan anak-anak saya atas kasih sayang dan sokongan positif mereka yang tidak pernah putus,” kata pemain berusia 34 tahun itu.
Lee Tuck yang miliki ketinggian 1.75 meter kini sibuk tugasan bersama Malaysia dalam Kejohanan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022.
Sejak dinaturalisasikan, Lee Tuck sudah melakukan tiga penampilan dan berjaya menjaringkan dua gol sekaligus meningkatkan lagi semangat dan keyakinannya untuk membawa nama Harimau Malaya cemerlang dalam kempen kali ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Lee Tuck kini warganegara Malaysia