MAGHRIBI terus mengorak langkah mara ke pusingan 16 selepas berjaya menewaskan Belanda menerusi sepakan penalti 3-2 di Stadium Monterrey, Mexico pagi tadi.
Skuad kendalian Mohamed Ouahbi itu berjaya mengikat Belanda hingga ke sepakan penalti selepas Issa Diop menjaringkan gol di minit akhir masa sebenar perlawanan.
Belanda yang membuka gol perlawanan pada minit ke-72 menerusi Cody Gakpo memanfaatkan peluang hasil bantuan Crysencio Summerville.
Walau bagaimanapun, pasukan Belanda ini gagal mempertahan gawang mereka di minit akhir menerusi hantaran lintang Chemsdine Talbi yang dimanfaatkan oleh Issa Diop.
Dalam pusingan penalti, skuad kendalian Ronald Koeman itu hanya memanfaatkan dua sepakan penalti yang dijaringkan oleh Teun Koopmeiners dan Wout Weghorst.
Manakala, sepakan penalti Maghribi dijaringkan oleh Soufiane Rahimi, Chemsdine Talbi dan Ismael Saibari.
Penjaga gawang Maghribi, Yassine Bounou muncul sebagai hero selepas menepis sepakan Crysencio Summerville sebelum Ismael Saibari mengesahkan kemenangan menerusi gol penentuan.
Kemenangan di pusingan 32 ini bermaksud Maghribi akan menentang skuad kendalian Jesse Marsch, Canada selepas membenam Afrika Selatan sebelum ini.
Kedua-dua pasukan ini kali terakhir bertemu ketika Piala Dunia 2022 di peringkat kumpulan di mana Maghribi berjaya membenam Canada dengan jaringan 2-1.
Kredit Gambar: Alfredo Estrella / AFP