MANCHESTER United dijangka akan memilih untuk merehatkan kapten, Harry Maguire dalam pertembungan menentang Arsenal, pada Sabtu.

Prestasi Maguire musim ini mendapat kritikan hebat daripada kebanyakan penyokong The Red Devils. Kemuncaknya semasa Manchester United dibelasah 4-0 oleh Liverpool.

Terdapat beberapa penyokong yang didakwa memberi ancaman ugutan untuk mengebom rumah Maguire.

Memetik laporan The Sun, demi keselamatan Manchester United memutuskan untuk tidak menurunkan Maguire dalam skuad yang berangkat ke London dan hanya akan bermula dari bangku simpanan.

“Dalam tempoh 24 jam terakhir, Harry menerima ancaman serius terhadap rumah keluarganya. Dia telah melaporkan perkara ini kepada pihak polis yang sedang melakukan siasatan.

“Keselamatan keluarganya dan orang-orang di sekitarnya jelas menjadi keutamaan nombor satu Harry.

“Dia akan terus melakukan persiapan seperti biasa dan kami tidak akan ulas lebih lanjut ketika ini,” ujar jurucakap Maguire.